Sebanyak 16 Fahaman Diwartakan Ajaran Sesat Di Sabah

0
3K

KENINGAU : Sebanyak 16 kumpulan serta fahaman diwartakan sebagai ajaran sesat di Sabah.

Exco Agama Sabah, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, antara ajaran sesat berkenaan termasuklah ajaran Ilmu Makrifat, Hizbut Tahrir, Islam Jama’ah, Black Metal dan Syiah.

“Senarai kesemua fahaman terbabit dikeluarkan oleh Pejabat Mufti Negeri Sabah. Pejabat mufti turut menyenaraikan empat buku iaitu buku Islam Hadhari Menurut Pandangan Ustaz Haji Ashaari Muhammad, buku Membela Sunnah Nabawiyyah hasil tulisan Abd Wahab Bustami, buku Awaluddin Makrifatullah yang ditulis Haji Muhammad Seman Al-Banjari dan buku-buku Mohd Hairi Nonchi.

“Selain itu, kita juga memantau ajaran sesat Millah Abraham@Ibrahim. Pemantauan penguatkuasaan turut membabitkan Polis Di Raja Malaysia (PDRM),” katanya ketika ditemui media selepas Merasmikan Minggu Perpustakaan Peringkat Negeri di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Arifin yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah memaklumkan terdapat pengikut ajaran Millah Abraham yang didakwa di Sabah tahun lalu.

“Bagaimanapun, semua yang didakwa bukan berasal dari Sabah. Mereka dijatuhkan hukuman dan sebab itulah daripada semasa ke semasa kita sentiasa membuat pemantauan bagi memastikan gerakan ini tidak berkembang di Sabah,” katanya.

Zoeken
Categorieën
Read More
Sports
didenda kerana cium isteri
PARIS  – Seorang pelumba basikal Perancis meminta maaf selepas didenda kerana mencium...
By Gakeps Official 2024-07-07 12:00:30 0 4K
Crime
‘Cabuli’ penumpang wanita, pemandu kedua bas ekspres mengaku tidak bersalah
Seorang pemandu kedua sebuah bas ekspres dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas...
By Gakeps Official 2024-08-29 04:16:01 0 2K
World News
Mayat wanita ditemui dalam bilik sewa, rupanya dibunuh suami sendiri
MAYAT seorang wanita berusia 21 tahun ditemukan dalam bilik sewa yang berkunci dalam kejadian di...
By Gakeps Official 2024-10-25 13:20:24 0 2K
Local News
Enam penumpang cedera bas ekpress jatuh ke dalam gaung di Lahad Datu
LAHAD DATU : Enam penumpang cedera selepas bas ekspress mereka naiki hilang kawalan lalu jatuh ke...
By Gakeps Official 2024-06-21 08:45:43 0 4K
Local News
Curi barang kemas orang sudah mati, empat anggota polis ditahan
Empat anggota polis berpangkat konstabel dan koperal ditahan selepas disyaki mencuri barang kemas...
By Iklan viral 2024-11-03 14:08:22 0 2K