JPJ telah buat pembetulan serta merta terhadap gelinciran aplikasi MyJPJ

0
917

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah membuat pembetulan dan penambahbaikan serta merta terhadap kegelinciran aplikasi MyJPJ yang sebelum ini mengeluarkan paparan ‘bukan warganegara Malaysia adalah tidak layak’.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Aedy Fadly Ramli dalam kenyataan hari ini berkata, pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) kelas B1 dan B2 boleh menyemak semula status kelayakan mereka menerusi aplikasi itu.

“Pemegang LMM Kelas B1 dan B2 yang sebelum ini menerima paparan mesej ‘bukan warganegara Malaysia adalah tidak layak’ dinasihatkan untuk log keluar dan log masuk semula aplikasi MyJPJ.

“Mereka boleh semak semula status kelayakan di Semakan Kelayakan Program Khas Peralihan Kelas B,” katanya.

Semalam, sebuah portal melaporkan rungutan daripada pengguna aplikasi itu yang tidak berpuas hati ketika membuat semakan kelayakan menyertai Program Khas Peralihan LMM kepada kelas B (motosikal berkuasa tinggi) dan menerima paparan keputusan ‘bukan warganegara Malaysia adalah tidak layak’.

Mengenai pendaftaran ke program khas itu, Aedy berkata, institut memandu yang tersenarai telah menerima pendaftaran yang tinggi daripada pemegang LMM kelas B1 dan B2 yang layak mendaftar.

Justeru, beliau menasihatkan pemegang LMM kelas B1 dan B2 yang layak agar tidak tergesa-gesa dalam urusan pendaftaran kerana program itu tidak mempunyai tempoh tamat tertentu atau had masa.

“Pihak JPJ juga telah memaklumkan kepada semua institut memandu yang terlibat untuk menerima setiap permohonan calon,” katanya.

Semalam media melaporkan, 3.33 juta pemegang LMM kelas B1 dan B2 yang layak menyertai Program Khas Peralihan LMM kepada kelas B (motosikal berkuasa tinggi) boleh mula mendaftar di 139 institut memandu di seluruh negara.

Senarai institut memandu yang menawarkan program tersebut boleh didapati dengan mengimbas kod QR yang tertera di laman Facebook rasmi JPJ. – Bernama

Search
Nach Verein filtern
Read More
Infomation
Apakah Tuhan tahu saya sedang tersiksa? – Isi diari doktor pelatih ‘inject’ diri sendiri terdedah
Berita mengenai pemergian duka doktor pelatih bernama Aulia Risma Lestari, 30, benar-benar...
Von Gakeps Official 2024-08-19 15:37:43 0 3KB
World News
Doktor lelaki mengendap doktor wanita mandi digantung tugas
SINGAPURA 19 Jun 2024 – Seorang doktor muda yang cuba merakam rakan sekerja wanitanya mandi...
Von Gakeps Official 2024-06-22 23:33:35 0 4KB
Entertaiment
Mark Zuckerberg hadiahkan isterinya Porsche Cayenne Turbo GT ‘custom’ jadi minivan
Suami mana yang tidak mahu tunaikan impian isteri tercintanya, kan? Selagi mampu, sang suami...
Von Gakeps Official 2024-10-08 00:03:56 0 888
World News
Seorang Remaja 17 Tahun Kurung Isteri Berusia 71 Tahun Dalam Rumah Kerana Takut Dirampas Orang
INDONESIA : Mana-mana pasangan yang baru berkahwin pasti seperti di awang-awangan dan akan...
Von Gakeps Official 2024-11-05 12:58:13 0 2KB
Local News
Undang-undang jenayah cyber perlu diperbaharui segera – Masiung
KOTA KINABALU: Undang-undang sedia ada berkaitan jenayah siber umpama ‘besi buruk’...
Von Gakeps Official 2024-06-20 07:30:08 0 4KB