JPJ telah buat pembetulan serta merta terhadap gelinciran aplikasi MyJPJ

0
748

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah membuat pembetulan dan penambahbaikan serta merta terhadap kegelinciran aplikasi MyJPJ yang sebelum ini mengeluarkan paparan ‘bukan warganegara Malaysia adalah tidak layak’.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Aedy Fadly Ramli dalam kenyataan hari ini berkata, pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) kelas B1 dan B2 boleh menyemak semula status kelayakan mereka menerusi aplikasi itu.

“Pemegang LMM Kelas B1 dan B2 yang sebelum ini menerima paparan mesej ‘bukan warganegara Malaysia adalah tidak layak’ dinasihatkan untuk log keluar dan log masuk semula aplikasi MyJPJ.

“Mereka boleh semak semula status kelayakan di Semakan Kelayakan Program Khas Peralihan Kelas B,” katanya.

Semalam, sebuah portal melaporkan rungutan daripada pengguna aplikasi itu yang tidak berpuas hati ketika membuat semakan kelayakan menyertai Program Khas Peralihan LMM kepada kelas B (motosikal berkuasa tinggi) dan menerima paparan keputusan ‘bukan warganegara Malaysia adalah tidak layak’.

Mengenai pendaftaran ke program khas itu, Aedy berkata, institut memandu yang tersenarai telah menerima pendaftaran yang tinggi daripada pemegang LMM kelas B1 dan B2 yang layak mendaftar.

Justeru, beliau menasihatkan pemegang LMM kelas B1 dan B2 yang layak agar tidak tergesa-gesa dalam urusan pendaftaran kerana program itu tidak mempunyai tempoh tamat tertentu atau had masa.

“Pihak JPJ juga telah memaklumkan kepada semua institut memandu yang terlibat untuk menerima setiap permohonan calon,” katanya.

Semalam media melaporkan, 3.33 juta pemegang LMM kelas B1 dan B2 yang layak menyertai Program Khas Peralihan LMM kepada kelas B (motosikal berkuasa tinggi) boleh mula mendaftar di 139 institut memandu di seluruh negara.

Senarai institut memandu yang menawarkan program tersebut boleh didapati dengan mengimbas kod QR yang tertera di laman Facebook rasmi JPJ. – Bernama

Site içinde arama yapın
Kategoriler
Read More
Trick and hack
cara simpan kentang yang betul, boleh tahan 2 bulan!
Biasanya kentang ni kalau lambat dimasak akan cepat tumbuh tunas dan buruk akhirnya terpaksa...
By Gakeps Official 2024-08-10 23:54:27 0 3K
World News
Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina letak jawatan, larikan diri ke India
Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina yang meletakkan jawatan tiba di pangkalan tentera udara...
By Gakeps Official 2024-08-06 01:48:25 0 3K
Opinion
SESB Kini Perkenalkan Meter Pintar
KOTA KINABALU, SABAH – Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) akan memperkenalkan penggunaan...
By Gakeps Official 2024-09-19 02:45:53 0 1K
Infomation
Fathia Latiff mengakui suntik ‘filler’ demi nampak cantik & muda
Pelakon Fathia Latiff mengaku melakukan prosedur perubahan pada wajahnya demi untuk kelihatan...
By Gakeps Official 2024-09-01 06:49:01 0 2K
EĞİTİM BİLGİLERİ
Saintis pakar grafik 'dedah' wajah sebenar firaun
New York: Selepas 3,500 tahun, sekumpulan saintis dan pakar grafik melakar semula wajah firaun...
By Iklan viral 2024-10-01 03:45:42 0 1K