JPJ telah buat pembetulan serta merta terhadap gelinciran aplikasi MyJPJ

0
758

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah membuat pembetulan dan penambahbaikan serta merta terhadap kegelinciran aplikasi MyJPJ yang sebelum ini mengeluarkan paparan ‘bukan warganegara Malaysia adalah tidak layak’.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Aedy Fadly Ramli dalam kenyataan hari ini berkata, pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) kelas B1 dan B2 boleh menyemak semula status kelayakan mereka menerusi aplikasi itu.

“Pemegang LMM Kelas B1 dan B2 yang sebelum ini menerima paparan mesej ‘bukan warganegara Malaysia adalah tidak layak’ dinasihatkan untuk log keluar dan log masuk semula aplikasi MyJPJ.

“Mereka boleh semak semula status kelayakan di Semakan Kelayakan Program Khas Peralihan Kelas B,” katanya.

Semalam, sebuah portal melaporkan rungutan daripada pengguna aplikasi itu yang tidak berpuas hati ketika membuat semakan kelayakan menyertai Program Khas Peralihan LMM kepada kelas B (motosikal berkuasa tinggi) dan menerima paparan keputusan ‘bukan warganegara Malaysia adalah tidak layak’.

Mengenai pendaftaran ke program khas itu, Aedy berkata, institut memandu yang tersenarai telah menerima pendaftaran yang tinggi daripada pemegang LMM kelas B1 dan B2 yang layak mendaftar.

Justeru, beliau menasihatkan pemegang LMM kelas B1 dan B2 yang layak agar tidak tergesa-gesa dalam urusan pendaftaran kerana program itu tidak mempunyai tempoh tamat tertentu atau had masa.

“Pihak JPJ juga telah memaklumkan kepada semua institut memandu yang terlibat untuk menerima setiap permohonan calon,” katanya.

Semalam media melaporkan, 3.33 juta pemegang LMM kelas B1 dan B2 yang layak menyertai Program Khas Peralihan LMM kepada kelas B (motosikal berkuasa tinggi) boleh mula mendaftar di 139 institut memandu di seluruh negara.

Senarai institut memandu yang menawarkan program tersebut boleh didapati dengan mengimbas kod QR yang tertera di laman Facebook rasmi JPJ. – Bernama

Căutare
Categorii
Citeste mai mult
World News
umur panjang, Lelaki Kena Sengat 240 Ekor Tebuan Tapi Masih Hidup
Cardiff: Seorang lelaki di United Kingdom bertuah kerana umurnya masih panjang walaupun...
By Gakeps Official 2024-09-09 23:21:58 0 2K
World News
Sidang rakyat ditunda, wakil rakyat ini ‘kantoi’ tengah bermain judi atas talian
Baru-baru ini, seorang ahli wakil rakyat dari DPRD DKI Jakarta ‘kantoi’ bermain judi...
By Gakeps Official 2024-10-12 05:26:44 0 788
Crime
Dua pekerja Sabah Electricity cedera akibat diancam di Lahad Datu
Lahad Datu: Sabah Electricity Sdn Bhd hari ini membuat laporan polis selepas berlaku provokasi...
By Iklan viral 2024-11-20 16:08:44 0 824
Crime
Polis bantuan raba pelajar UiTM
“Suspek letakkan tangan saya pada kemaluannya sehingga berair barulah dia lepaskan tangan...
By Gakeps Official 2024-09-03 02:52:33 0 2K
World News
Guru wanita ditangkap khalwat dengan rakan sekerja dalam kereta
Seorang suami menangkap isterinya yang bertugas sebagai guru di dalam sebuah kenderaan ketika dia...
By Iklan viral 2024-09-21 05:20:14 0 1K