Parti KDM Putuskan Bergerak Solo Untuk Hadapi PRN17

0
1K

KOTA KINABALU: Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) memutuskan untuk bergerak secara solo untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) akan datang.

Presiden Parti KDM Datuk Peter Anthony berkata, biarpun dianggap sebagai parti kerdil, namun pihaknya yakin untuk berjuang secara solo.

Katanya, sebarang kerjasama dengan mana-mana parti hanya akan dipertimbangkan selepas PRN selesai.

“Jadi kita bergerak solo. Mana ada orang mahu parti macam kami, parti kecil-kecil…parti nyamuk,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Selain itu, pihaknya turut menyasarkan untuk bertanding lebih 30 kerusi dengan memfokuskan bertanding di semua kawasan majoriti Kadazan, Dusun dan Murut.

Beliau berkata, walaupun masih dianggap sebagai parti baharu, namun berdasarkan keputusan pada Pilihan Raya Umum (PRU) lepas, Parti KDM berjaya mengalahkan Parti Bersatu Sabah (PBS) di kawasan Kota Marudu.

 

“Jadi ini adalah satu gambaran bahawa orang Sabah ingin membuat perubahan dan memberi peluang kepada parti-parti macam KDM kerana hala tuju dan pembaharuan yang kita buat.

“Ahad ini saya akan umum sedikit sebanyak melibatkan pembaharuan di peringkat manifesto parti yang kita akan buat perubahan besar di peringkat negeri Sabah.

“Ini adalah satu perubahan drastik yang saya ingat sudah sampai masanya untuk kita buat,” katanya.

Peter berkata, kebanyakan dalam kalangan pengundi ataupun akar umbi di peringkat bawah akan memilih Parti KDM pada PRN17 terutama di kawasan-kawasan majoriti Kadazan, Dusun dan Murut.

Sementara itu, ketika ditanya adakah Parti KDM menyasarkan untuk menjadi ‘king maker’ (penentu keputusan) dalam PRN nanti, beliau menjelaskan, semua orang mempunyai agenda di dalam parti.

Menurutnya, apa yang penting bagi parti sekarang adalah kerja keras di peringkat akar umbi untuk menjadi parti yang digeruni pada PRN17.

Dalam pada itu, pihaknya juga sudah memilih calon-calon yang akan bertanding mewakili Parti KDM pada PRN17.

“Terlalu ramai yang ingin menjadi calon dan kita menjalankan tapisan mana calon yang kita akan ambil,” katanya.

carian anda
Kategori
Maklumat Lanjut
Politik
Parti KDM Putuskan Bergerak Solo Untuk Hadapi PRN17
KOTA KINABALU: Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) memutuskan untuk bergerak secara...
By Omiyou Network 2024-10-10 10:18:44 0 1K
Sports
johan ghazali tumbangkan Cruz menerusi 'knockout' di pusingan pertama
JAGUH Muay Thai negara Johan 'Jojo' Ghazali, berjaya menumbangkan Josue Cruz di pusingan pertama...
By Gakeps Official 2024-09-07 11:23:21 0 2K
Sports
Kolkata Fatafat 2024: How the Event Is Revolutionizing Local Culture
Kolkata FF is a popular game that many people in Kolkata enjoy playing. It's a type of lottery...
By Kolkata Fatafat 2024-09-08 15:53:34 0 2K
World News
Jalinkan hubungan sulit dengan isteri, suami ‘belasah’ guru di sekolah
SEORANG guru dibelasah di sekolah gara-gara didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan isteri...
By Gakeps Official 2024-10-09 13:27:27 0 1K
Local News
Pembantu Tadbir Sekolah Didakwa Guna Jawatan Untuk Dapat Suapan
TAWAU : Seorang pembantu tadbir wanita di sebuah sekolah menengah di sini mengaku tidak bersalah...
By Omiyou Network 2024-06-20 12:23:01 0 4K