Parti KDM Putuskan Bergerak Solo Untuk Hadapi PRN17

0
1Кб

KOTA KINABALU: Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) memutuskan untuk bergerak secara solo untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) akan datang.

Presiden Parti KDM Datuk Peter Anthony berkata, biarpun dianggap sebagai parti kerdil, namun pihaknya yakin untuk berjuang secara solo.

Katanya, sebarang kerjasama dengan mana-mana parti hanya akan dipertimbangkan selepas PRN selesai.

“Jadi kita bergerak solo. Mana ada orang mahu parti macam kami, parti kecil-kecil…parti nyamuk,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Selain itu, pihaknya turut menyasarkan untuk bertanding lebih 30 kerusi dengan memfokuskan bertanding di semua kawasan majoriti Kadazan, Dusun dan Murut.

Beliau berkata, walaupun masih dianggap sebagai parti baharu, namun berdasarkan keputusan pada Pilihan Raya Umum (PRU) lepas, Parti KDM berjaya mengalahkan Parti Bersatu Sabah (PBS) di kawasan Kota Marudu.

 

“Jadi ini adalah satu gambaran bahawa orang Sabah ingin membuat perubahan dan memberi peluang kepada parti-parti macam KDM kerana hala tuju dan pembaharuan yang kita buat.

“Ahad ini saya akan umum sedikit sebanyak melibatkan pembaharuan di peringkat manifesto parti yang kita akan buat perubahan besar di peringkat negeri Sabah.

“Ini adalah satu perubahan drastik yang saya ingat sudah sampai masanya untuk kita buat,” katanya.

Peter berkata, kebanyakan dalam kalangan pengundi ataupun akar umbi di peringkat bawah akan memilih Parti KDM pada PRN17 terutama di kawasan-kawasan majoriti Kadazan, Dusun dan Murut.

Sementara itu, ketika ditanya adakah Parti KDM menyasarkan untuk menjadi ‘king maker’ (penentu keputusan) dalam PRN nanti, beliau menjelaskan, semua orang mempunyai agenda di dalam parti.

Menurutnya, apa yang penting bagi parti sekarang adalah kerja keras di peringkat akar umbi untuk menjadi parti yang digeruni pada PRN17.

Dalam pada itu, pihaknya juga sudah memilih calon-calon yang akan bertanding mewakili Parti KDM pada PRN17.

“Terlalu ramai yang ingin menjadi calon dan kita menjalankan tapisan mana calon yang kita akan ambil,” katanya.

Поиск
Категории
Больше
Food
5 tips mudah masak ayam kampung, kalau tak kena cara mesti liat
Bagi yang suka makan ayam kampung mesti tahu betapa susahnya nak lembutkan ayam sebelum boleh...
От Gakeps Official 2024-08-07 22:05:52 0 3Кб
Infomation
Sosej Bukanlah Daging Sebenar, Punca Penyakit Kronik
KUALA LUMPUR – Kesibukan menguruskan kehidupan seharian mendorong ramai golongan ibu bapa...
От Gakeps Official 2024-09-28 13:32:53 0 1Кб
Local News
SESB Rugi Lebih RM60 Juta Setahun Akibat Curi Elektrik Kawasan Setinggan Di Sabah
TAWAU : Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) mengalami kerugian RM60 juta setahun akibat...
От Gakeps Official 2024-09-07 10:02:26 0 2Кб
Образование
KERAJAAN KOMITED PERKASA MODAL INSAN MELALUI PENDIDIKAN - KM HAJIJI
KOTA KINABALU, SABAH – Kerajaan negeri komited memperkasakan pembangunan modal insan...
От Gakeps Official 2024-10-02 21:13:17 0 857
Opinion
susah nak tahu jantina, Rupanya dah jadi trend daftar nama anak tiada bin/binti
Ramai di antara kita mungkin pernah menghadapi masalah apabila nama yang tertera pada tiket...
От Gakeps Official 2024-09-19 11:27:39 0 2Кб