Parti KDM Putuskan Bergerak Solo Untuk Hadapi PRN17

0
1K

KOTA KINABALU: Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) memutuskan untuk bergerak secara solo untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) akan datang.

Presiden Parti KDM Datuk Peter Anthony berkata, biarpun dianggap sebagai parti kerdil, namun pihaknya yakin untuk berjuang secara solo.

Katanya, sebarang kerjasama dengan mana-mana parti hanya akan dipertimbangkan selepas PRN selesai.

“Jadi kita bergerak solo. Mana ada orang mahu parti macam kami, parti kecil-kecil…parti nyamuk,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Selain itu, pihaknya turut menyasarkan untuk bertanding lebih 30 kerusi dengan memfokuskan bertanding di semua kawasan majoriti Kadazan, Dusun dan Murut.

Beliau berkata, walaupun masih dianggap sebagai parti baharu, namun berdasarkan keputusan pada Pilihan Raya Umum (PRU) lepas, Parti KDM berjaya mengalahkan Parti Bersatu Sabah (PBS) di kawasan Kota Marudu.

 

“Jadi ini adalah satu gambaran bahawa orang Sabah ingin membuat perubahan dan memberi peluang kepada parti-parti macam KDM kerana hala tuju dan pembaharuan yang kita buat.

“Ahad ini saya akan umum sedikit sebanyak melibatkan pembaharuan di peringkat manifesto parti yang kita akan buat perubahan besar di peringkat negeri Sabah.

“Ini adalah satu perubahan drastik yang saya ingat sudah sampai masanya untuk kita buat,” katanya.

Peter berkata, kebanyakan dalam kalangan pengundi ataupun akar umbi di peringkat bawah akan memilih Parti KDM pada PRN17 terutama di kawasan-kawasan majoriti Kadazan, Dusun dan Murut.

Sementara itu, ketika ditanya adakah Parti KDM menyasarkan untuk menjadi ‘king maker’ (penentu keputusan) dalam PRN nanti, beliau menjelaskan, semua orang mempunyai agenda di dalam parti.

Menurutnya, apa yang penting bagi parti sekarang adalah kerja keras di peringkat akar umbi untuk menjadi parti yang digeruni pada PRN17.

Dalam pada itu, pihaknya juga sudah memilih calon-calon yang akan bertanding mewakili Parti KDM pada PRN17.

“Terlalu ramai yang ingin menjadi calon dan kita menjalankan tapisan mana calon yang kita akan ambil,” katanya.

Site içinde arama yapın
Kategoriler
Read More
Local News
Kini Lebih Ramai Miskin Tegar Di Sabah Miliki Rumah Selesa
SIPITANG: Penambahan jumlah Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) kepada 40 rumah setiap Dewan...
By Gakeps Official 2024-09-23 12:28:51 0 2K
Bussines News
Pengasas kedai 99 Speedmart Masuk Senarai Bilionair Malaysia
KOTA KINABALU, SABAH – Pengasas rangkaian kedai serbaneka terkenal 99 Speedmart, Lee Thiam...
By Iklan viral 2024-09-10 23:31:44 0 2K
Trick and hack
cara simpan kentang yang betul, boleh tahan 2 bulan!
Biasanya kentang ni kalau lambat dimasak akan cepat tumbuh tunas dan buruk akhirnya terpaksa...
By Gakeps Official 2024-08-10 23:54:27 0 3K
World News
termakan jerat rakan abang, budak 12 tahun dirogol 13 lelaki
Termakan jerat rakan abang, budak 12 tahun dirogol 13 lelaki. Gara-gara termakan ajakan rakan...
By Gakeps Official 2024-08-06 01:46:20 0 3K
Local News
496 Ditahan dan RM80.11 Juta Barangan Dirampas Dalam Ops Tiris
KUDAT, SABAH – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menahan 496...
By Iklan viral 2024-09-01 21:44:39 0 2K