Kerajaan Negeri Sabah tubuh Jawatankuasa Khas kewarganegaraan dan Pasukan Petugas Khas penduduk tanpa dokumen

0
2K

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri akan menubuhkan Jawatankuasa Khas Sabah mengenai Taraf Kewarganegaraan (JKKSK) dan Pasukan Petugas Khas bagi menangani isu penduduk Sabah tanpa dokumen pengenalan diri.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, Kabinet Negeri pada mesyuaratnya hari ini memperakui penubuhan JKKSK untuk meneliti, memastikan, menyelaras dan membantu dalam menyegerakan permohonan baharu dan tertunggak berkaitan isu kewarganegaraan di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan di negeri ini.

Katanya, JKKSK akan diamanahkan untuk mengesyorkan pendaftaran kanak-kanak dan sesiapa di bawah 21 tahun sebagai warganegara tertakluk kepada Perkara 18 Perlembagaan Persekutuan – Peruntukan Am Pendaftaran.

“Keputusan penubuhan Jawatankuasa Khas ini berikutan kes berleluasa kanak-kanak kelahiran Sabah tanpa dokumen dan IC (kad pengenalan) menyebabkan mereka menghadapi masalah seperti pergi ke sekolah. Selalunya, ini berpunca daripada kecuaian ibu bapa mereka,” katanya.

“JKKSK dipengerusikan bersama Menteri Dalam Negeri (KDN) dan Ketua Menteri Sabah manakala Jabatan Pendaftaran Sabah dan Bahagian Pendaftaran Negara dan Organisasi, KDN akan menjadi urusetia bersama,” katanya hari ini.

Hajiji berkata, semua permohonan akan disaring dan diperakukan kepada Jawatankuasa Khas oleh JKKSK – Panel Sabah, yang dipengerusikan bersama oleh Timbalan Ketua Setiausaha KDN dan Setiausaha Dalam Negeri dan Penyelidikan Sabah.

“Pasukan Petugas Khas bagi menangani isu penduduk Sabah tanpa dokumen pengenalan diri, ia akan diletakkan di bawah bidang kuasa Jawatankuasa Pengurusan Warga Asing di Sabah (JKPWAS), yang dipengerusikan bersama Menteri KDN dan Ketua Menteri Sabah.

“Pasukan Petugas Khas yang akan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha KDN dan Setiausaha Kerajaan Negeri itu bertujuan menyelesaikan masalah berterusan penduduk tanpa izin di negeri ini,” jelas Hajiji.

carian anda
Kategori
Maklumat Lanjut
Local News
KPDN sita 1,016.88 kg produk tidak halal disimpan bersama produk halal di Sandakan
SANDAKAN : Sebuah pasar raya di Batu 8 di sini diserbu pagi tadi selepas disyaki menyimpan produk...
By Omiyou Network 2024-06-28 12:21:07 0 4K
Local News
Lelaki Hilang Dipercayai Dibaham Buaya
KINABATANGAN: Seorang lelaki hilang dipercayai dibaham buaya di Sungai Ladang Pontion Subok Sukau...
By Omiyou Network 2024-06-29 12:39:34 0 4K
World News
batal saman selepas terima ayam bakar sebagai pampasan
Polis wilayah Chiang Mai menahan seorang lelaki Russia yang dituduh menceroboh dan merosakkan...
By Gakeps Official 2024-09-08 12:22:58 0 2K
Bussines News
Ekonomi kita terjejas jika putuskan hubungan dengan semua syarikat berkaitan Israel
Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini berkata di sebalik tindakannya memutuskan semua hubungan...
By Gakeps Official 2024-07-01 11:46:46 0 4K
Scam
Scammer pelaburan paling suka guna aplikasi Telegram cari mangsa
KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaporkan Telegram menjadi medium yang paling...
By Iklan viral 2024-09-06 06:37:37 0 2K