Kerajaan Negeri Sabah tubuh Jawatankuasa Khas kewarganegaraan dan Pasukan Petugas Khas penduduk tanpa dokumen

0
2K

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri akan menubuhkan Jawatankuasa Khas Sabah mengenai Taraf Kewarganegaraan (JKKSK) dan Pasukan Petugas Khas bagi menangani isu penduduk Sabah tanpa dokumen pengenalan diri.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, Kabinet Negeri pada mesyuaratnya hari ini memperakui penubuhan JKKSK untuk meneliti, memastikan, menyelaras dan membantu dalam menyegerakan permohonan baharu dan tertunggak berkaitan isu kewarganegaraan di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan di negeri ini.

Katanya, JKKSK akan diamanahkan untuk mengesyorkan pendaftaran kanak-kanak dan sesiapa di bawah 21 tahun sebagai warganegara tertakluk kepada Perkara 18 Perlembagaan Persekutuan – Peruntukan Am Pendaftaran.

“Keputusan penubuhan Jawatankuasa Khas ini berikutan kes berleluasa kanak-kanak kelahiran Sabah tanpa dokumen dan IC (kad pengenalan) menyebabkan mereka menghadapi masalah seperti pergi ke sekolah. Selalunya, ini berpunca daripada kecuaian ibu bapa mereka,” katanya.

“JKKSK dipengerusikan bersama Menteri Dalam Negeri (KDN) dan Ketua Menteri Sabah manakala Jabatan Pendaftaran Sabah dan Bahagian Pendaftaran Negara dan Organisasi, KDN akan menjadi urusetia bersama,” katanya hari ini.

Hajiji berkata, semua permohonan akan disaring dan diperakukan kepada Jawatankuasa Khas oleh JKKSK – Panel Sabah, yang dipengerusikan bersama oleh Timbalan Ketua Setiausaha KDN dan Setiausaha Dalam Negeri dan Penyelidikan Sabah.

“Pasukan Petugas Khas bagi menangani isu penduduk Sabah tanpa dokumen pengenalan diri, ia akan diletakkan di bawah bidang kuasa Jawatankuasa Pengurusan Warga Asing di Sabah (JKPWAS), yang dipengerusikan bersama Menteri KDN dan Ketua Menteri Sabah.

“Pasukan Petugas Khas yang akan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha KDN dan Setiausaha Kerajaan Negeri itu bertujuan menyelesaikan masalah berterusan penduduk tanpa izin di negeri ini,” jelas Hajiji.

Căutare
Categorii
Citeste mai mult
Crime
Warga emas diugut gambar bogel disebar, rugi lebih RM40,000
JEMPOL: Seorang lelaki warga emas kerugian RM44,500 apabila diperas seorang wanita warga asing...
By Gakeps Network 2024-06-17 21:57:10 0 4K
Local News
KPDN sita 1,016.88 kg produk tidak halal disimpan bersama produk halal di Sandakan
SANDAKAN : Sebuah pasar raya di Batu 8 di sini diserbu pagi tadi selepas disyaki menyimpan produk...
By Omiyou Network 2024-06-28 12:21:07 0 4K
World News
Menurut Data BPS, Aceh Jadi Urutan Pertama Kes Pemerkosaan Tertinggi di Indonesia
Aceh – Laporan terbaru dari Badan Pusat Statistik (BPS) yang bertajuk “Statistik...
By Gakeps Official 2024-08-20 05:54:05 0 3K
Sports
Atlet lompat galah perancis terlepas pingat gara-gara ‘alat sulit’ tersangkut di palang
Atlet lompat galah Perancis, Anthony Ammirati tewas di Sukan Olimpik Paris 2024 apabila...
By Gakeps Official 2024-08-07 10:18:25 0 3K
Opinion
Seekor Lagi Harimau Belang Mati Dilanggar Kereta
Seekor harimau belang dilapor mati selepas dilanggar sebuah kereta di Kilometer 314, Lebuh Raya...
By Gakeps Official 2024-07-08 01:46:02 0 4K