Kerajaan Negeri Sabah tubuh Jawatankuasa Khas kewarganegaraan dan Pasukan Petugas Khas penduduk tanpa dokumen

0
2K

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri akan menubuhkan Jawatankuasa Khas Sabah mengenai Taraf Kewarganegaraan (JKKSK) dan Pasukan Petugas Khas bagi menangani isu penduduk Sabah tanpa dokumen pengenalan diri.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, Kabinet Negeri pada mesyuaratnya hari ini memperakui penubuhan JKKSK untuk meneliti, memastikan, menyelaras dan membantu dalam menyegerakan permohonan baharu dan tertunggak berkaitan isu kewarganegaraan di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan di negeri ini.

Katanya, JKKSK akan diamanahkan untuk mengesyorkan pendaftaran kanak-kanak dan sesiapa di bawah 21 tahun sebagai warganegara tertakluk kepada Perkara 18 Perlembagaan Persekutuan – Peruntukan Am Pendaftaran.

“Keputusan penubuhan Jawatankuasa Khas ini berikutan kes berleluasa kanak-kanak kelahiran Sabah tanpa dokumen dan IC (kad pengenalan) menyebabkan mereka menghadapi masalah seperti pergi ke sekolah. Selalunya, ini berpunca daripada kecuaian ibu bapa mereka,” katanya.

“JKKSK dipengerusikan bersama Menteri Dalam Negeri (KDN) dan Ketua Menteri Sabah manakala Jabatan Pendaftaran Sabah dan Bahagian Pendaftaran Negara dan Organisasi, KDN akan menjadi urusetia bersama,” katanya hari ini.

Hajiji berkata, semua permohonan akan disaring dan diperakukan kepada Jawatankuasa Khas oleh JKKSK – Panel Sabah, yang dipengerusikan bersama oleh Timbalan Ketua Setiausaha KDN dan Setiausaha Dalam Negeri dan Penyelidikan Sabah.

“Pasukan Petugas Khas bagi menangani isu penduduk Sabah tanpa dokumen pengenalan diri, ia akan diletakkan di bawah bidang kuasa Jawatankuasa Pengurusan Warga Asing di Sabah (JKPWAS), yang dipengerusikan bersama Menteri KDN dan Ketua Menteri Sabah.

“Pasukan Petugas Khas yang akan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha KDN dan Setiausaha Kerajaan Negeri itu bertujuan menyelesaikan masalah berterusan penduduk tanpa izin di negeri ini,” jelas Hajiji.

Search
Categories
Read More
Local News
Tular Video Turunkan Bendera Malaysia, Naikkan Bendera Sabah dan Sarawak
KOTA KINABALU : Satu video tular di media sosial berhubung sekumpulan individu...
By Gakeps Official 2024-09-24 09:27:00 0 2K
Opinion
Lelaki warga asing terjatuh di feri tiga hari lalu ditemukan lemas pagi tadi
KINABATANGAN : Seorang lelaki warga asing pekerja sebuah feri mengangkut barang dipercayai...
By Bangsawan Epm 2024-09-03 13:01:58 0 2K
Scam
Scammer pelaburan paling suka guna aplikasi Telegram cari mangsa
KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaporkan Telegram menjadi medium yang paling...
By Iklan viral 2024-09-06 06:37:37 0 2K
Sports
didenda kerana cium isteri
PARIS  – Seorang pelumba basikal Perancis meminta maaf selepas didenda kerana mencium...
By Gakeps Official 2024-07-07 12:00:30 0 4K
Crime
Gaji Baru RM2,200 tapi dalam bilik tidur seorang pegawai imigresen ada RM800k
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membongkar ‘kemewahan’ dua pegawai...
By Gakeps Official 2024-09-19 11:41:01 0 2K