Kerajaan Negeri Sabah tubuh Jawatankuasa Khas kewarganegaraan dan Pasukan Petugas Khas penduduk tanpa dokumen

0
2K

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri akan menubuhkan Jawatankuasa Khas Sabah mengenai Taraf Kewarganegaraan (JKKSK) dan Pasukan Petugas Khas bagi menangani isu penduduk Sabah tanpa dokumen pengenalan diri.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, Kabinet Negeri pada mesyuaratnya hari ini memperakui penubuhan JKKSK untuk meneliti, memastikan, menyelaras dan membantu dalam menyegerakan permohonan baharu dan tertunggak berkaitan isu kewarganegaraan di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan di negeri ini.

Katanya, JKKSK akan diamanahkan untuk mengesyorkan pendaftaran kanak-kanak dan sesiapa di bawah 21 tahun sebagai warganegara tertakluk kepada Perkara 18 Perlembagaan Persekutuan – Peruntukan Am Pendaftaran.

“Keputusan penubuhan Jawatankuasa Khas ini berikutan kes berleluasa kanak-kanak kelahiran Sabah tanpa dokumen dan IC (kad pengenalan) menyebabkan mereka menghadapi masalah seperti pergi ke sekolah. Selalunya, ini berpunca daripada kecuaian ibu bapa mereka,” katanya.

“JKKSK dipengerusikan bersama Menteri Dalam Negeri (KDN) dan Ketua Menteri Sabah manakala Jabatan Pendaftaran Sabah dan Bahagian Pendaftaran Negara dan Organisasi, KDN akan menjadi urusetia bersama,” katanya hari ini.

Hajiji berkata, semua permohonan akan disaring dan diperakukan kepada Jawatankuasa Khas oleh JKKSK – Panel Sabah, yang dipengerusikan bersama oleh Timbalan Ketua Setiausaha KDN dan Setiausaha Dalam Negeri dan Penyelidikan Sabah.

“Pasukan Petugas Khas bagi menangani isu penduduk Sabah tanpa dokumen pengenalan diri, ia akan diletakkan di bawah bidang kuasa Jawatankuasa Pengurusan Warga Asing di Sabah (JKPWAS), yang dipengerusikan bersama Menteri KDN dan Ketua Menteri Sabah.

“Pasukan Petugas Khas yang akan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha KDN dan Setiausaha Kerajaan Negeri itu bertujuan menyelesaikan masalah berterusan penduduk tanpa izin di negeri ini,” jelas Hajiji.

Cerca
Categorie
Leggi tutto
Opinion
PROJEK PERSEKUTUAN DI SABAH PERLU DIPERCEPATKAN, TIDAK PERLU TUNGGU HAK MILIK TANAH – HAJIJI
KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata projek pembangunan...
By Gakeps Official 2024-10-09 00:24:08 0 731
Opinion
viral warga palestin mengamuk tendang rosakan perhiasan di lobi, Di Wisma Transit Kuala Lumpur
Sejak Rabu lepas, satu insiden yang tidak menyenangkan telah tular di platform media sosial...
By Gakeps Official 2024-10-04 06:29:51 0 1K
World News
Isyarat Baru MH370 Dikesan Di Australia Barat
LONDON: Selepas 10 tahun kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370, petanda baharu menyusul...
By Gakeps Official 2024-06-19 18:29:27 0 4K
Trick and hack
tips senang tanam pokok tomato, rupanya ‘jentik’ je terus subur
Seronoknya apabila laman belakang rumah seperti pasarraya, nak apa semua dapat petik! Namun ada...
By Gakeps Official 2024-10-22 15:40:38 0 921
Local News
Undang-undang jenayah cyber perlu diperbaharui segera – Masiung
KOTA KINABALU: Undang-undang sedia ada berkaitan jenayah siber umpama ‘besi buruk’...
By Gakeps Official 2024-06-20 07:30:08 0 4K