Kerajaan Negeri Sabah tubuh Jawatankuasa Khas kewarganegaraan dan Pasukan Petugas Khas penduduk tanpa dokumen

0
2K

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri akan menubuhkan Jawatankuasa Khas Sabah mengenai Taraf Kewarganegaraan (JKKSK) dan Pasukan Petugas Khas bagi menangani isu penduduk Sabah tanpa dokumen pengenalan diri.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, Kabinet Negeri pada mesyuaratnya hari ini memperakui penubuhan JKKSK untuk meneliti, memastikan, menyelaras dan membantu dalam menyegerakan permohonan baharu dan tertunggak berkaitan isu kewarganegaraan di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan di negeri ini.

Katanya, JKKSK akan diamanahkan untuk mengesyorkan pendaftaran kanak-kanak dan sesiapa di bawah 21 tahun sebagai warganegara tertakluk kepada Perkara 18 Perlembagaan Persekutuan – Peruntukan Am Pendaftaran.

“Keputusan penubuhan Jawatankuasa Khas ini berikutan kes berleluasa kanak-kanak kelahiran Sabah tanpa dokumen dan IC (kad pengenalan) menyebabkan mereka menghadapi masalah seperti pergi ke sekolah. Selalunya, ini berpunca daripada kecuaian ibu bapa mereka,” katanya.

“JKKSK dipengerusikan bersama Menteri Dalam Negeri (KDN) dan Ketua Menteri Sabah manakala Jabatan Pendaftaran Sabah dan Bahagian Pendaftaran Negara dan Organisasi, KDN akan menjadi urusetia bersama,” katanya hari ini.

Hajiji berkata, semua permohonan akan disaring dan diperakukan kepada Jawatankuasa Khas oleh JKKSK – Panel Sabah, yang dipengerusikan bersama oleh Timbalan Ketua Setiausaha KDN dan Setiausaha Dalam Negeri dan Penyelidikan Sabah.

“Pasukan Petugas Khas bagi menangani isu penduduk Sabah tanpa dokumen pengenalan diri, ia akan diletakkan di bawah bidang kuasa Jawatankuasa Pengurusan Warga Asing di Sabah (JKPWAS), yang dipengerusikan bersama Menteri KDN dan Ketua Menteri Sabah.

“Pasukan Petugas Khas yang akan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha KDN dan Setiausaha Kerajaan Negeri itu bertujuan menyelesaikan masalah berterusan penduduk tanpa izin di negeri ini,” jelas Hajiji.

Zoeken
Categorieën
Read More
Crime
“Nasihat orang ramai JANGAN MUDAH TERPEDAYA! JPN nafi salur sebarang bantuan berbentuk wang tunai
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menegaskan tiada sebarang bentuk bantuan wang tunai dibuat oleh...
By Iklan viral 2024-09-26 16:06:15 0 2K
Opinion
Helikopter Membawa Petugas Kesihatan mendarat Cemas di Tebing Sungai Kampung Buayan
KOTA KINABALU: Sebuah helikopter B206 yang membawa petugas kesihatan telah melakukan pendaratan...
By Iklan viral 2024-09-25 12:45:24 0 1K
Politik
“Selamatkan Sabah”, slogan terbaru parti Warisan selepas kegagalan slogan “Sabah kita punya” dan “Unity”
AGAK-AGAKNYA Datuk Seri Shafie Apdal (DSSA) dan parti beliau, Parti Warisan mahu selamatkan Sabah...
By Gakeps Official 2024-08-16 14:30:04 0 3K
Crime
Remaja Dipenjara 11 Bulan, Menipu Maklumat Kad Pengenalan
KOTA KINABALU: Seorang remaja perempuan dipenjara 11 bulan selepas mengaku bersalah memberi...
By Iklan viral 2024-09-26 10:52:32 0 1K
Crime
Terpedaya Tawaran Kerja Palsu, Suri Rumah Rugi RM126,490
JOHOR BAHRU, 9 Julai (Bernama) -- Seorang suri rumah mengalami kerugian sebanyak RM126,490...
By Gakeps Official 2024-07-11 04:34:48 0 4K