Kerajaan Negeri Sabah tubuh Jawatankuasa Khas kewarganegaraan dan Pasukan Petugas Khas penduduk tanpa dokumen

0
2K

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri akan menubuhkan Jawatankuasa Khas Sabah mengenai Taraf Kewarganegaraan (JKKSK) dan Pasukan Petugas Khas bagi menangani isu penduduk Sabah tanpa dokumen pengenalan diri.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, Kabinet Negeri pada mesyuaratnya hari ini memperakui penubuhan JKKSK untuk meneliti, memastikan, menyelaras dan membantu dalam menyegerakan permohonan baharu dan tertunggak berkaitan isu kewarganegaraan di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan di negeri ini.

Katanya, JKKSK akan diamanahkan untuk mengesyorkan pendaftaran kanak-kanak dan sesiapa di bawah 21 tahun sebagai warganegara tertakluk kepada Perkara 18 Perlembagaan Persekutuan – Peruntukan Am Pendaftaran.

“Keputusan penubuhan Jawatankuasa Khas ini berikutan kes berleluasa kanak-kanak kelahiran Sabah tanpa dokumen dan IC (kad pengenalan) menyebabkan mereka menghadapi masalah seperti pergi ke sekolah. Selalunya, ini berpunca daripada kecuaian ibu bapa mereka,” katanya.

“JKKSK dipengerusikan bersama Menteri Dalam Negeri (KDN) dan Ketua Menteri Sabah manakala Jabatan Pendaftaran Sabah dan Bahagian Pendaftaran Negara dan Organisasi, KDN akan menjadi urusetia bersama,” katanya hari ini.

Hajiji berkata, semua permohonan akan disaring dan diperakukan kepada Jawatankuasa Khas oleh JKKSK – Panel Sabah, yang dipengerusikan bersama oleh Timbalan Ketua Setiausaha KDN dan Setiausaha Dalam Negeri dan Penyelidikan Sabah.

“Pasukan Petugas Khas bagi menangani isu penduduk Sabah tanpa dokumen pengenalan diri, ia akan diletakkan di bawah bidang kuasa Jawatankuasa Pengurusan Warga Asing di Sabah (JKPWAS), yang dipengerusikan bersama Menteri KDN dan Ketua Menteri Sabah.

“Pasukan Petugas Khas yang akan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha KDN dan Setiausaha Kerajaan Negeri itu bertujuan menyelesaikan masalah berterusan penduduk tanpa izin di negeri ini,” jelas Hajiji.

Pesquisar
Categorias
Leia Mais
World News
Tercungap-cungap ketika baring, seekor anjing kantoi ‘menyamar’ jadi panda
Sebuah zoo di China mendapat kecaman orang ramai kerana mempamerkan dua ekor anjing yang...
Por Gakeps Official 2024-09-24 09:30:48 0 2K
Food
Pelanggan persoal kedai makan kenakan denda RM5 sebab anak makan bersepah
Seorang pelanggan sebuah kedai makan meluahkan rasa kurang senang selepas didenda RM5 kerana...
Por Gakeps Official 2024-06-23 14:11:08 0 4K
Opinion
Bapa dan anak lelaki OKU ditemui mati dalam rumah
MUAR: Misteri rumah bergelap selain sunyi sepi membongkarkan penemuan mayat dua beranak yang...
Por Gakeps Official 2024-08-24 22:38:02 0 2K
Crime
Penipu skim jualan emas lelong 916 ditahan sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan
Wanita dikehendaki polis, Siti Hajartul Haini Abd Hamid berhubung penipuan jualan emas...
Por Iklan viral 2024-10-23 16:20:22 0 1K
Artist
Ramai artis bercerai, netizen siap senaraikan janda cantik untuk dihalalkan
Baru beberapa hari pelakon Fazura menggalas status janda selepas bercerai dengan Fattah Amin,...
Por Omiyou Network 2024-10-10 07:50:15 0 1K